Akid Fikri Azhar

Segalanya Ilmu..

Isnin, 11 April 2016

Kajian Saintis: Azan

Tiada ulasan

Apabila azan berkumandang, semua umat Islam tahu, itu tandanya telah masuk waktu solat. Dan jauh daripada itu, ramai sebenarnya yang tidak tahu azan mempunyai suatu hikmah yang tersendiri.




Banyak peristiwa yang berlaku disekeliling kita memperlihatkan azan itu sangat ajaib. Antaranya, kisah seorang lelaki yang terselamat ketika berlaku tsunami pada tahun 2004 lalu.

Ketika kejadian, mangsa hanya sempat melihat ahli keluarganya nazak didepan mata tanpa dapat nernuat apa-apa.


Teringat pesanan arwah ibunya supaya melaungkan azan ketika ditimpa musibah, akhirnya lelaki itu dihanyutkan ke kawasan yang lebih selamat.

Pada tahun itu juga, Malaysia pernah dikejutkan dengan kehilangan sebuah helikopter di Bario, Sarawak. Pelbagai usaha menjejak sudah dilakukan, namun tidak ditemui juga.

Beberapa negara luar juga turut membantu namun tiada sebarang petunjuk. 

Akhirnya, seseorang tampil membantu dengan melaungkan azan, pelik tapi benar, tidak lama kemudian, bangkai pesawat tiba-tiba kelihatan di lubuk hutan.

Bagi kes mangsa lemas pula, laungan azan adalah kaedah alternatif yang digunakan selepas misi pencarian tidak menemui sebarang petunjuk.

Biasanya, penyelamat menggunakan kaedah ini selepas menemui jalan buntu menjejak mangsa.

Lazimnya, orang tertentu akan diminta tampil ke sesuatu lokasi yang dipercayai, sambil melaungkan azan.

Walaupun perkara ini tidak masuk akal, tapi banyak kes mangsa lemas berjaya ditemui menggunakan kaedah ini.

Baru-baru ini, sebuah video telah menjadi viral di internet, berkaitan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang hilang, tiba-tiba muncul semula selepas azan dilaungkan, kejadian dipercayai berlaku di Selatan Thailand.

Yang menghairankan, lokasi kanak-kanak itu ditemui adalah kawasan yang dilalui pasukan penyelamat beberapa kali.

Persoalannya, kenapa azan mampu membuatkan orang hilang berjaya ditemui semula?

Menurut pengasas Spiritual, di dunia ini terdapat empat zon gelombang, BetaAlphaTheta dan Delta.

Semua gelombang ini mengandungi frekuensi tersendiri daripada gelombang negatif kepada gelombang positif.

Azan pula berada dalam zon gelombang Theta, iaitu gelombang rendah yang bersifat menenangkan dan positif.

Berbalik kepada persoalan, makhluk halus, jin dan syaitan semuanya memiliki gelombang Beta, iaitu gelombang paling negatif.

Secara saintifiknya, gelombang positif mampu menakluki gelombang negatif dan dalam perkara ini, gelombang Theta yang dilaungkan melalui azan akan memecahkan gelombang Beta menyebabkan mangsa boleh ditemui semula.

Oleh sebab itu, azan menjadi pilihan untuk mencari individu yang hilang.

Begitu juga azan digunakan ketika berlaku bencana. Asalnya bumi kita bersifat Theta kerana banyak pokok, gunung-ganang dan haiwan yang menenangkan bumi.

Walau bagaimanapun, hari demi hari ia mula menghala ke Beta kerana sering berlaku pembunuhan, penebangan dan kemusnahan. Hasilnya banyak masalah, peperangan dan bencana terjadi.

Oleh itu, hanya dengan laungan azan musibah dapat ditenangkan dan sebab itulah azan bersahut-sahutan di seluruh dunia.




Kelebihan Bulan Syaaban

Tiada ulasan
Assalamualaikum rakan -rakan, sempena bulan rejab dan syaaban ini  bersama-samalah kita menambahkan amal amalan kita seperti berpuasa. Saidatina Aishah r.a ada berkata, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka, juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak lapar dan tidak haus."




Bulan yang dinyatakan dalam hadis terbabit adalah antara yang disebut-sebut banyak kelebihan, sehingga hadis berkenaan menyatakan mereka yang berpuasa tidak akan lapar dan haus pada hari kiamat kelak.

Dalam memberikan penjelasan berkaitan tiga bulan yang berturut-turut itu, ada pihak membuat perumpamaan tahun dengan pohon, iaitu Rejab umpama waktu keluarnya daun, Syaaban diumpamakan keluarnya bunga dan Ramadan umpama buahnya.

Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab bulan Allah dan Syaaban itu bulanku, manakala Ramadan itu bulan umatku." (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Ketiga tiga bulan disebut Nabi s.a.w itu adalah bulan rahmat, kasih sayang dan kesejahteraan. Bulan yang penuh keberkatan dan keampunan.

Sesetengah ulama menyatakan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa manakala bulan Syaaban untuk memperbaiki diri daripada

segala macam cela dan Ramadan adalah waktu menyucikan hati dan jiwa.

Syaaban bermaksud berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana pada bulan itu masyarakat Arab dulu bertempiaran ke serata tempat untuk mencari air, sehingga ada yang mencarinya sampai ke gua.

Ia juga diertikan demikian kerana menjadi 'bulan pemisah' iaitu memisahkan antara bulan Rejab dan Ramadan.

Nabi s.a.w menjelaskan Syaaban mengandungi keutamaan dan kebaikan yang banyak, dengan nilai berganda bagi mereka melaksanakan kebaikan dan ibadat dengan ikhlas dan bersungguh.

Baginda bertanya kepada sahabat, maksudnya: "Tahukah kamu sekalian mengapa bulan ini dinamakan Syaaban?" Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih

mengetahui." 

Baginda menjawab: "Kerana pada bulan ini bercabang banyak kebaikan."

Dengan keutamaan yang ada pada Syaaban ini, Baginda memanfaatkan kesempatan untuk meningkatkan prestasi ibadat dan amal kebaikan sehingga seolah-olah Baginda tidak pernah melakukan sedemikian pada bulan lain.

Nabi s.a.w sendiri sering berpuasa pada bulan ini. 

Daripada Saidatina Aishah, beliau berkata maksudnya: "Adalah Rasulullah s.a.w sering berpuasa hingga kami menyangka yang Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka yang Rasulullah akan berbuka seterusnya.

"Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada Ramadan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak di bulan Syaaban." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menerangkan kepada umat Islam sekalian, Syaaban memang bulan sangat digalakkan beramal ibadat selain bulan lain, sesuai dengan statusnya sebagai gerbang Ramadan.

Rasulullah s.a.w pernah mengumpamakan bulan Syaaban dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi lain. 

Sabda Baginda bermaksud: "Keutamaan Syaaban ke atas bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi lain sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."

Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban ialah memperbanyakkan ibadat sunat termasuk puasa, doa, zikir, selawat dan bertaubat daripada kesalahan yang dilakukan.

Walaupun amalan ini sukar, ganjaran yang menanti adalah berganda. Ibadat sunat pada Syaaban juga sebagai persediaan untuk lebih cergas beribadat siang dan malam pada Ramadan.

Syaaban juga adalah bulan di mana setiap doa orang beriman akan dimakbulkan Allah, sebagaimana dinyatakan Abdullah Umar dalam riwayatnya mengenai hadis Nabi iaitu Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Antara solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah sewaktu malam Jumaat, pada malam 10 Muharam, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha."

Rasulullah s.a.w bersabda: "Itulah bulan Syaaban di mana manusia lalai mengenainya iaitu antara bulan Rejab dan Ramadan, ia adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sedangkan pada masa itu aku dalam keadaan berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad)

Dalam sejarah umat Islam, bulan Syaaban juga menyaksikan beberapa peristiwa penting seperti perubahan arah kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis ke arah Masjidil Haram di Makkah.

Pada bulan ini juga berlaku peperangan Bani Mustaliq iaitu pada Isnin hari kedua Syaaban tahun ke-5 Hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 700 tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah Bani al-Mustaliq.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang memuliakan Syaaban, bertakwa kepada Allah dan taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkan dia pada satu tahun itu daripada semua bencana dan penyakit."

Ahad, 10 April 2016

Fadhilat dan kelebihan membaca surah Al-Fatihah

Tiada ulasan
Assalamualaikum rakan -rakan, akhir - akhir ini ramai diantara kita yang tidak tahu terhadap khasiat dan kelebihan dalam membaca surah Al-fatihah. Banyak kelebihan jikalau kita membaca surah Al-Fatihah Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran". Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:"Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan"Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."

Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya.




Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca 'Al-Fatihah' diwaktu hendak tidur, Surah 'Al-Ikhlas' sebanyak 3 kali dan Mu'awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya. Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah. 

Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya. 

Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..........."

Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihahdan rahsianya, berikan apa yang kuhajati........"

Sistem Operasi UNIX

Tiada ulasan


Apa itu UNIX?...

Unix adalah sistem operasi (OS) yang berasal di Bell Labs pada tahun 1969 sebagai satu sistem perkongsian masa interaktif. Ken Thompson dan Dennis Ritchie adalah dianggap pencipta Unix. Nama (disebut YEW-nama samaran) adalah pun berdasarkan sistem yang lebih awal, Multics. Pada tahun 1974, Unix menjadi sistem operasi pertama yang ditulis dalam bahasa C. Unix telah berkembang sebagai sejenis produk perisian percuma yang besar, dengan banyak sambungan dan idea-idea baru yang disediakan dalam pelbagai versi Unix oleh syarikat yang berbeza, universiti, dan individu.

Kelebihan dan ciri - ciri: 
  1. Dapat diadaptasikan dengan mudah ke komputer lain.
  2. Multiuser, dapat digunakan oleh banyak pengguna sekaligus.
  3. Multitasking, dapat menjalankan tugas secara bersamaan dalam satu waktu
  4. Sistem file hirarki, organisasi informasi atau data dalam bentuk yang mudah untuk diingat dan diakses.
  5. Sistem file stabil untuk database, Server Internet, Intranet, file-server, Internet-client pengembangan Java.
  6. Mempunyai prestasi yang lebih baik daripada Windows NT.
Kelemahan :
  1. Tampilan kurang menarik.
  2. Memerlukan memori yang cukup besar.
  3. Tidak sesuai untuk video permainan .
  4. Sesetengah perkakasan sulit untuk menyediakan driver untuk Linux.
  5. Susah digunakan untuk pengguna awam.

Contoh Job Sheet

Tiada ulasan
Cyber Communication Wide Sdn. Bhd.
Job Sheet
Jabatan Teknologi Maklumat Dan Teknologi
Kolej Vokasional Pasir Mas

NAMA PEKERJA:                                                                  UNIT
TARIKH:           : 10.4.2016                                        NO. KAD PENGENALAN :    



Bil
PELANGGAN
PERKHIDMATAN PROFESIONAL
TEMPOH
MULA
AKHIR
1
Makmal Komputer ICT
1.       Installing two line of PVC trungkin path
3 HARI
10.4.2016
12.4.2016
2.       Puling ang laying UTP Cable CAT 6 for eleven units of client PC
3 HARI
14.4.2016
16.4.2016
3.       Patch Cord Termination
2 HARI
17.4.2016
19.4.2016
4.       Network Cable Testing
1 HARI
20.4.2016
20.4.2016
5.       Connecting  eleven network  cable from client PC  to switch in server room
1 HARI
21.4.2016
21.4.2016





Diterima Oleh: ……………………………                                                     Tarikh:..........................

Isnin, 4 April 2016

Kelebihan Windows 10

Tiada ulasan

Assalamualaikum rakan-rakan, kita sudah tahu bahawa Microsoft telah melancarkan Windows 10 yang mempunyai pelbagai ciri - ciri dan kemudahan yang terbaharu. Tetapi ramai di antara kita yang tidak tahu dan ragu - ragu untuk menaik taraf Windows 10 kerana mereka tidak tahu kelebihan dan ciri - ciri Windows 10 yang terbaharu ini..


Windows10

Anda perlu tahu bahawa Windows 10 mempunyai reka bentuk generasi yang baharu, Ia adalah mudah untuk menggunakan laman media sosial seperti Facebook, twitter dan sebagainya, Windows 10 adalah sistem terbaru yang beroperasi yang mempunyai banyak perubahan dan sangat tertarik oleh pengguna, Windows 10 menyampaikan ciri-ciri terbaru pada percuma naik taraf, dan ia telah mempercayai jenama Windows.

Anda perlu tahu bahawa apabila anda menjalankan Windows 7, Windows 8.1 dan Windows Phone 8.1, Anda boleh menaik taraf kepada Windows 10 secara percuma, Windows 10 pratonton teknikal baru-baru ini dilancarkan oleh Microsoft, dan terdapat banyak ciri-ciri baru ditambah kepada sistem operasi baru, Windows 10 akan mempunyai dua pelayar, Ia akan menghantar dengan kedua-dua Internet Explorer 11 dan Spartan, pelayar  baru bahawa Microsoft sedang membangunkan, nampaknya untuk menggantikan IE.

Anda perlu tahu bahawa Windows 10 akan termasuk lanjutan terbina dalam pengurusan peranti mudah alih keupayaan membuat ia lebih mudah untuk menguruskan peranti dari langit (Cloud), Windows 10 muka akan menyesuaikan diri melalui Continuum yang akan membolehkan antara muka (User Interfaces) Windows 10 untuk menyesuaikan diri berdasarkan perkakasan ia berjalan di.

Anda perlu tahu bahawa Windows 10 akan menjadi lebih terbaik untuk permainan, Microsoft membawa perubahan besar untuk permainan PC dengan Windows 10, Kita akan menyaksikan kemunculan DirectX 12 API yang menjanjikan lebih cepat, “closer-to-the-metal”  permainan prestasi dan kecekapan yang lebih tinggi, Windows 10 juga akan termasuk "mod permainan DVR" untuk membolehkan rakaman 30 saat terakhir permainan, semua lebih baik untuk permainan sosial.



Anda perlu tahu bahawa Windows 10 akan menjadi percuma untuk pengguna Windows 8.1 untuk tahun pertama, Walaupun tiada perkataan pada harga untuk pengguna yang masih menggunakan Windows 7 atau versi yang lebih tua, Microsoft mengesahkan bahawa kedua-dua Windows yang terkini versi akan dapat untuk menaik taraf kepada Windows 10 secara langsung.

Anda perlu tahu bahawa Microsoft telah menambah aplikasi Xbox, anda boleh melihat apa yang kawan-kawan anda lakukan dan menghantar mesej mereka, lihat pencapaian, dan melihat klip permainan,mempunyai pra-rakaman, bertujuan untuk membawa pengalaman Full Xbox Live untuk Windows 10 komputer peribadi, termasuk membolehkan anda untuk aliran permainan dari Satu konsol Xbox anda terus ke PC anda.

Anda mesti tahu bahawa Windows 10 akan termasuk aplikasi Office universal, Microsoft mewujudkan aplikasi Office universal yang akan menjadi mesra sentuhan dan berjalan pada semua peranti, Future Windows Phone dan Windows Tabled akan datang dengan aplikasi Office yang sudah dipasang terdahulu.

Anda perlu tahu bahawa Windows 10 akan mempunyai teknologi hologram, Microsoft memperkenalkan Microsoft Holographic, satu set teknologi yang akan membolehkan pengimejan 3D dan unjuran aplikasi hologram untuk Windows 10 ,

Anda perlu tahu bahawa Microsoft telah mengesahkan Windows 10 akan menyokong Identity Online (FIDO)  yang cepat, ini pengguna akan dapat untuk mendaftar masuk ke aplikasi yang biasa digunakan seperti Outlook menggunakan pelbagai alat biometrik daripada pembaca cap jari untuk retina pengimbas.

Kesimpulannya, Anda perlu tahu bahawa Windows 10 mempunyai banyak kelebihan yang tersendiri yang membolehkan membantu dalam hidup seharian kita...Tunggu apa lagi rakan-rakan "Naik Taraf" lah Windows anda..